GAZA: Hamas beri amaran kepada Israel bahawa sebarang perubahan terhadap status quo Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis akan menyebabkan kawasan itu berubah seperti dilanda gempa bumi.
Timbalan Ketua Bridged al-Qassam, Marwan Issa, mengeluarkan amaran itu dalam satu wawancara dengan saluran satelit yang berpangkalan di Gaza, Tv al Aqsa.
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua belah pihak semakin meningkat terutama ketika menjelang bulan Ramadan dan perayaan Paskah Yahudi di Baitulmaqdis serta perkarangan Masjid al-Aqsa.
Menurut Marwan, tiada proses politik dan musuh mereka, merujuk kepada Israel, sudah membatalkan Perjanjian Oslo yang ditandatangani antara Israel dan Palestin pada tahun 1993.
Tambahnya, ia dilakukan supaya hari-hari akan datang dipenuhi dengan peristiwa dan tragedi.
Beliau turut mengajak semua pihak "menyemarakkan dan menyokong penentangan di seluruh Palestin" terutama di Tebing Barat serta Baitulmaqdis.
Katanya, Hamas akan mempertahankan rakyat Palestin dengan menggunakan kekuatan yang ada tanpa memerlukan sebarang campur tangan pihak lain.
Pada April lalu, perkarangan Masjid al-Aqsa menyaksikan pertempuran antara jemaah Palestin dan pasukan polis Israel ketika orang Yahudi melawat tapak suci berkenaan, menyebabkan 12 jemaah Palestin cedera.
Ancaman oleh Hamas itu juga berlaku di tengah ketegangan yang sedang memuncak di Tebing Barat sejak Januari lalu.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sejak Januari lalu terdapat 84 rakyatnya dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, manakala 14 lagi warga Israel turut terbunuh dalam tempoh yang sama.
Astro Awani
Fri Mar 17 2023
Pada April lalu, perkarangan Masjid al-Aqsa menyaksikan pertempuran antara jemaah Palestin dan pasukan polis Israel. - Foto fail
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.